Jumat, 22 Mei 2009

Malu...

Lelaki sering diistilahkan sebagai kumbang, sedangkan wanita sebagai bunga. Lantaran kumbang suka kepada bunga, sebagaimana lelaki suka kepada wanita.
Menginjak usia remaja keinginan lelaki kepada wanita mulai berputik.
Wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di sekolah, di jalan raya, di pasar, di perhentian bis dan dimanapun ada ruang dan peluang.
Dalam sebuah hadish Rosullulloh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Terdapat 99 tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Alloh kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadish riwayat Baihaqi).
Apapun yang dilakukan wanita senantiasa mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik dikagumi, jika berbat jahat diminati, jika memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, jika berpakaian seksi dilihat menggoda, bahkan hingga ditumbuk muka silelaki selagi mata dapat melihat akan ia lihat wanita.
Alloh mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu menjadikannya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan apapun. jika hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang yang melihat, jika memamerkan aurat dia takut kalau orang mengganggunnya dan jika hendak berjalan sendirian dia takut kalau ada orang mengusiknya. hanya jika wanita itu masih utuh rasa malunya.
Maka ketika wanita tidak tahu malu, tidak akan memikirkan semua itu. Tak peduli apa kata orang, tak pedulikan orang melihat, tidak masalah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan merasa senang, asyik dan bahagia dalam keadaan itu. Karena sudah tidak punya rasa malu.
Dalam sebuah hadish riwayat Bukhari, Rosullulloh SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu." Hadish ini merupakan sindiran dalam larangan. sifat malu itu adalah pokok akhlak mulia dan budi pekerti terpuji.
Wanita sanggup melalakukan apa saja dosa dan maksiat lantaran sifat malu yang dikurniakan alloh sudah tidak berfungsi. Lihatlah melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.
Wanita yang bisa mengekalkan sifat malunya, tentulah akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita.
Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan... dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Posting Komentar